Monday, August 31, 2009
Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?
PAS Kota Belud Lancar Tabung Jihad PRU-13
Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling semasa pelancaran tabung jihad PRU-13 tersebut menyarankan kepada semua AJK PAS Kawasan agar bersedia dari sekarang dengan segala persiapan samada fizikal mahupun mental.
Beliau menegaskan bahawa, perjuangan PAS yang masih panjang ini menuntut pengorbanan yang besar daripada pendakwah terutamanya dari sudut persediaan iman dan ilmu. Dari sudut persediaan material pula kata beliau, para pendakwah mesti menginfakkan sebahagian harta kepunyaan mereka kepada perjuangan PAS jika kita ingin meraih kemenangan daripada Allah s.w.t, seperti mana pengorbanan pejuang-pejuang Islam terdahulu.
Tambah beliau, persediaan iman dan ilmu merupakan sumber kekuatan yang sangat di tekankan oleh Rasulullah s.a.w kerana ia menjadi faktor utama datangnya pertolongan Allah s.w.t.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Sdr. Lahirul Latigu turut menyampaikan kata-kata aluan dan penerangan secara umum halatuju Dewan Pemuda Negeri Sabah bagi sesi 2009/2011 pada majlis tersebut. Beliau juga menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu ditingkatkan dalam gerakkerja kepemudaan dalam era kemajuan teknologi maklumat masa kini.
Beliau berkata, perubahan isu-isu semasa yang begitu pantas dewasa kini seiring dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat mesti di kuasai dengan baik untuk memastikan pemuda PAS sentiasa responsif terhadap isu-isu tempatan seperti rasuah, penindasan, penyelewengan dan sebagainya. Ketika ini kata beliau, DPPNS sedang meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi sesama ahli dengan penggunaan beberapa alat komunikasi bersasaskan internet.
Ketika majlis berbuka itu juga, beberapa orang exco DPPNS turut menyampaikan taklimat mengenai bidang tugas masing-masing. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 20 orang AJK PAS Kawasan termasuk Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kota Belud itu bermula pada 6.30 petang dan berakhir pada jam lebih kurang 10.30 malam.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 0148515289
Friday, August 28, 2009
SET UP TASK FORCE FOR CITIZENSHIP
SABAH Progressive Party (SAPP) elected representatives, Datuk Liew Teck Chan, Datuk Eric Majimbun and Melanie Chia has called for the setting up of a special task force to solely look into the citizenship issue of many elderly Sabahans. The party's Deputy Presidents. Liew and Eric as well as its Wanita Movement Chief, Melanie were of the opinion that back logged cases pertaining to citizenship applications by those born before Malaysia was formed can be expedited through the special task force. Eric, who is Sepanggar Member of Parliament, said that he had, in Parliament, suggested the Government set up the special task force not only to look into the citizenship issue but also application of Malaysian Identity Cards by Sabahans. Liew, the Likas Assemblyman added that the special task force must be headed by a Sabahan as the person would be in a better position to understand the situation in Sabah . All three elected representatives including Melanie who is Luyang assemblywoman, however were disappointed with the delay by the National Registration Department (NRD) in processing the citizenship applications especially for those who have been in Sabah before Independence . Some of these people are already in their eighties and they are still holders of Red ICs. They have tried repeatedly to apply for a Malaysian citizenship which, according to the law, is automatic to those who have been in Sabah before the formation of Malaysia , Melanie said. According to her, SAPP Luyang office has more than 50 cases of citizenship application and most are from the elderly. "Yesterday they saw in the newspaper that 10 people have obtained their Malaysian citizenship and most of the applicants were either foreigners who married Sabahans or were the children of such a union. "What saddens them is that they have tried again and again to obtain their citizenship but were unable to. Then you get these people who were have been in Sabah for less than 20 years getting the citizenship. It is very frustrating for them," she said. Melanie said her office had called up the NRD office here to find out the status of the 50 cases and were informed that the applications have been sent to Kuala Lumpur and were with the Minister. "The NRD here don't even know about the cases. It seems like the office here is just the post office which collects the applications and sending them to the head quarters," she stressed. Liew in supporting Melanie pointed out these applicants were also asking why were only 10 applications from Sabah approved when there are thousands more waiting for news. "We are happy for the 10 who obtained their citizenship but at the same time feel sorry for the others who have yet to receive any news pertaining to their applications," he said adding that NRD should be looking at all applications based on the merits of the applicants and not through which political party that submits them. |
Thursday, August 27, 2009
ENGINEER ATAU INJIN AIR?
Oleh: HAMZAH ABDULLAH APAKAH secara kebetulan, atau memang dirancang, hanya pihak tertentu dalam MPS sahaja yang mempunyai jawapannya. Saya amat bersimpati dengan keluhan penduduk di Taman Tinosan, Batu 4, Sandakan, apabila mengetahui aduan yang telah mereka laporkan kepada MPS mengenai saliran kumbahan najis yang disambungkan dari sebuah taman perumahan baru di belakang rumah mereka iaitu Taman Millinieum, ke tempat kumbahan najis dalam kawasan sempadan taman perumahan Taman Tinosan, telah tidak dipedulikan oleh MPS. Saya begitu kesal sekali di atas sikap alpa dan tidak ambil peduli MPS berkaitan aduan ini dan bertanya kepada diri saya apakah sikap MPS itu didorong oleh sebab bahawa hampir kesemua penghuni di kawasan yang terlibat ini adalah penduduk bumiputera. Apakah MPS akan segera bertindak sekiranya aduan dibuat oleh sebuah taman perumahan yang didominasi oleh penduduk bukan bumiputera?
ENGINEER.... Inikah kualiti kerja 'Engineer' MPS atau hanya layak menjadi 'Injin Air'
Menyambung saliran kumbahan najis dari sebuah taman perumahan baru ke dalam saliran di sebuah taman perumahan berdekatan adalah bercanggah dengan peraturan pelan pembangunan dan sikap membisu pihak penguatkuasa hanya mendorong orang ramai membuat andaian bahawa ada 'sesuatu yang sedang berlaku di balik tirai'. |
CERAMAH KEMENANGAN PERMATANG PASIR DI PERMATANG SABAH?
PAKATAN Rakyat Sabah akan menganjurkan CERAMAH KEMENANGAN Permatang Pasir di Permatang Sabah iaitu Idaman Villa, Petagas pada 29 Ogos 2009 selepas sembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawih di Dewan Idaman Villa. Penceramah Ahli Parlimen Pasir Putih (Kelantan) Ustaz Mohd Hussin, Ahli Parlimen Padang Terap Ustaz Nasir Zakaria, Aktivis Politik Halik Zaman dan Peguam Kanan Haji Ansari Abdullah. Semua Umat Islam dijemput hadir untuk memeriahkan majlis dan menjitukan tekad. (Jawatankuasa Penganjur) |
Tuesday, August 25, 2009
Salleh Man akhirnya berjaya
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri itu berjaya mempertahankan kerusi milik Pas setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi.
Mohd. Salleh yang ditemui pemberita di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini malam ini melahirkan rasa gembiranya di atas kemenangan tersebut sekali gus berazam menyambung semula khidmat Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengundi di Permatang Pasir kerana memberi peluang kepada saya memenangi di kawasan ini.
''Turut tidak dilupakan, kesemua petugas dan jentera pakatan pembangkang yang tidak jemu-jemu memberi sokongan padu kepada saya," katanya.
Mohd. Salleh merupakan graduan Universiti Malaya (UM) dan pernah bertanding dalam enam pilihan raya termasuk pilihan raya umum lalu tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi bagi kerusi DUN Sungai Dua.
Pada masa sama, Mohd. Salleh berkata, kejayaannya itu membuktikan kerjasama erat antara komponen pakatan pembangkang yang sentiasa menjalin hubungan baik.
''Saya yakin Pulau Pinang akan terus kekal di bawah kerajaan pakatan pembangkang," tambahnya.
Sunday, August 23, 2009
Edaran risalah penerangan H1N1 oleh Pemuda Sepanggar
PAS SUDAH MULA BERAKAR DI SABAH?
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN PARTI PAS sudah mulai popular namanya di mulut rakyat Sabah terutama sekali Bumiputera Islam. Nama Parti PAS disebut-sebut di merata tempat kampung Bumiputera Islam. Di kedai-kedai kopi Bumiputera Islam bercerita semasa sendiri, kerana kata mereka, di masa lalu Bumiputera Islam Sabah tidak serasi dengan perjuangan PAS kerana pada ketika itu ada sebuah pertubuhan politik yang mewakili Bumiputera Islam iaitu USNO di bawah pimpinan Tun Datuk Mustapha Bin Datuk Harun. Namun memandangkan USNO sudah tidak wujud lagi dalam arus politik perdana, maka PAS mula menusuk kalbu rakyat Sabah yang mula menerima PAS sebagai penerus kesinambungan perjuangan UMNO. Pada mulanya PAS sangat digeruni oleh bukan Islam kerana PAS ditohmah akan mengganggu-gugatkan agama lain di Sabah. Sebenar PAS cuma bergiat dalam kebajikan dan politik serta menjaga hokum-hakam Islam kepada orang Islam sahaja dengan tidak mengganggu-gugat agama lain di Sabah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak agama agama lain juga terpelihara dalam Negara Malaysia. PAS bukan berperanan seperti Majlis Ugama Islam Sabah atau Pertubuhan USIA. Majlis Ugama Islam Sabah di bawah kerajaan UMNO/BN Sabah dan USIA anggota-anggotanya majoriti daripada Parti UMNO Sabah. Peranan PAS menjaga hukum hakam Islam dan memperjuangkan Islam dalam politik agar ia sejajar dengan kehendak Allah swt. Pendekatan PAS kepada seluruh rakyat Bumiputera Islam Sabah hendaklah dimulakan dari sekarang melawat ke kampung-kampung untuk membuka Cawangan dan Bahagian PAS Negeri Sabah. Yang penting sekali, mereka harus menerangkan dengan terperinci halatuju PAS di setiap pelusuk kampung Bumiputera Islam di Sabah. Sebagai langkah pertama, PAS Sabah sewajarnya melantik 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir (Think Thank) di Sabah terdiri dari para cendikiawan untuk merangka strategi mendekati Bumiputera Islam Sabah. Ahli-Ahli Fikir mesti menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang rapi dan teratur untuk mendekati individu secara peribadi sehingga dapat PAS menubuhkan cawangan di tempat-tempat yang menjadi sasaran operasi. Cawangan PAS yang diwujudkan juga sewajarnya mempunyai 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir untuk merangka penubuhan Bahagian PAS di kawasan tersebut dan menjalankan gerak kerja penganjuran acara kemasyarakatan dan keagamaan melalui perbincangan dari hati ke hati dengan penduduk kampung. PAS Sabah juga mesti aktif menganjurkan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Sabah agar Pakatan Rakyat Sabah dapat menganjurkan satu perhimpunan raksaksa yang akan dihadiri oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari Semenanjung. SEKRITARIAT..... Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat akan merintis kerusi di Sabah pada pilihanraya akan datang. Dari kiri Teddy Yang, Razak Jamil dan Lahirul Latigu bersama logo parti masing-masing. Kesungguhan gerakan Pemuda Pas Sabah harus dipuji apabila telah berjaya menubuhkan Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah yang akan menjalankan aktiviti secara bersama dan menjalinkan kerjasama bestari dengan jentera Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi. Kesungguhan tenaga muda yang dipacu Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu menunjukkan PAS mula diterima generasi muda yang berpendidikan agama dan professional bumiputera sehingga pandangan serong rakyat Sabah terhadap PAS mula lekang dan kejayaan terserlah melalui semua aktiviti yang dianjurkan di kawasan pedalaman mendapat sambutan masyarakat setempat daripada pelbagai jurai keturunan dan agama. |
KEMISKINAN RAKYAT VS KEKAYAAN YB SABAH
Rang Undang-Undang Anggota Petadbiran dan Adun (saraan) (pindaan) 2009 yang dibentangkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Mente- ri, Datuk Radin Malleh dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri kelmarin.
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Maleh berkata, ianya bertujuan untuk memberi pelarasan kepada saraan atau gaji Anggota Pentadbiran Negeri pada kadar 10 peratus daripada gaji pokok bagi Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Speaker, Pembantu Menteri, Timbalan Speaker, Adun dan Setiausaha Politik.
Katanya, pelarasan gaji itu adalah berpatutan dan wajar dengan mengambil kira keni- kan kos barangan dan perkhidmatan semasa serta beban tugas dan tanggungjawab Ang- gota Pentadbiran dan Adun yang kian mencabar.
“Ini selaras dengan Halatuju Negeri dan dasar-dasar pembangunan nasional terkini yang digariskan oleh pucuk pimpinan negeri dan negara,” katanya.
Radin berkata, pelarasan gaji terakhir telah dibuat da- lam tahun 2000, justeru semakan bagi pelarasan yang baru adalah amat wajar selaras dengan pemberian kenaikan gaji 10 hingga 30 peratus kepada Anggota Perkhidmatan Awam.
Berikutan dengan pelara- san itu, saraan atau gaji Ang- gota Pentadbiran dan Adun adalah seperti berikut: Ketua Menteri daripada RM14,300 kepada RM15,730, Timbalan Ketua Menteri daripada RM- 12,650 kepada RM13,915.
Menteri dan Speaker daripada RM9,900 kepada RM10, 890, Pembantu Menteri dan Timbalan Speaker daripada RM7,700 kepada RM8,470.
Adun daripada RM3,300 kepada RM5,300 (kenaikan RM2,000), Setiausaha Politik daripada RM3,300 kepada RM3,630. NST
Sidang DUN Sabah Lulus Kenaikan Gaji Menteri Kabinet, ADUN
KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) 1981 yang menyaksikan kenaikan gaji pokok bulanan sekitar 10 peratus bagi Ketua Menteri, anggota kabinet negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuatkuasa 1 Jun lepas.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh, ketika membentangkan rang undang-undang itu, berkata penyelarasan gaji itu berpatutan dan wajar dengan mengambil kira kenaikan kos barangan dan perkhidmatan semasa serta beban tugas dan tanggung jawab yang dipikul.
Katanya ia juga selaras dengan pemberian kenaikan gaji antara 10 dan 30 peratus kepada anggota perkhidmatan awam.
Pelarasan terakhir untuk anggota pentadbiran dan anggota Dewan Undangan Negeri Sabah dibuat pada 2000, dan oleh itu semakan bagi penyelarasan yang baru amat wajar, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, dekat sini hari ini.
Menerusi pindaan itu, Radin berkata saraan atau gaji Ketua Menteri naik daripada RM14,300.00 kepada RM15,730.00, Timbalan Ketua Menteri daripada RM12,650.00 kepada RM13,915.00 dan Menteri daripada RM9,900.00 kepada RM10,890.00.
Beliau berkata gaji Speaker pula naik daripada RM9,900.00 kepada RM10,890.00 manakala timbalan Speaker dan pembantu menteri masing-masing menikmati kenaikan yang sama daripada RM7,700 kepada RM8,470.00
Radin berkata gaji bagi 60 anggota Dewan Undangan Negeri juga naik daripada RM3,300 kepada RM5,300 manakala setiausaha politik naik daripada RM3,300 kepada RM3,630.00.
Dewan Undangan Negeri Sabah turut meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan pertama (2009) yang memerlukan peruntukan tambahan RM294,152,020.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata peruntukan tambahan yang terbesar dalam anggaran perbekalan tambahan pertama itu adalah RM54.8 juta yang diperlukan antara lain menampung kos kerja-kerja mendesak bagi menyenggara dan membaiki paip air utama yang sudah lama dan bocor, penyenggaraan dan pembaikan paip retikulasi serta sambungan paip yang rosak.
Beliau berkata kerja penyenggaraan dan pembaikan itu perlu diteruskan bagi memastikan kemudahan bekalan air kepada para pengguna tidak terjejas.
Peruntukan tambahan RM25 juta juga diperlukan untuk menampung kos pemindahan paip air utama yang terlibat dalam projek pembesaran jalan raya manakala RM8.5 juta dikehendaki untuk menampung kos penyenggaraan dan penggantian jangka air yang sudah lama dan rosak, katanya.
Musa berkata peruntukan tambahan lain akan dibelanjakan untuk menampung perbelanjaan skim bantuan khas kepada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, membaik pulih kerosakan kemudahan awam akibat banjir dan ribut dan perbelanjaan emolumen dan operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia).
PRK PERMATANG PASIR: SAH POLIS ALAT UMNO
Inilah sejarah pilihanraya kecil, ceramah begitu sukar hendak diadakan. Cuba bayangkan pihak Pas kena isi 6 salinan borang (sebelumnya 8 salinan) dan peta tempat ceramah setiap kali hendak ceramah. Polis yang bertindak sebagai pegawai keselamatan umno tunggu dengan senarai nama yang ada di tangannya sahaja. Kalau ada penceramah yang tidak ada dalam senarai akan diarahkan berhenti. Peliknya tempat umno mengadakan ceramah polis tidak ramai, seolah-olah yang jahatnya Pas/PR. Patutlah jenayah di Malaysia makin tinggi kerana polis menjaga umno bukan jaga keselamatan rakyat. Kalau PR memerintah nanti kita pastikan semua polis yang menjadi tali barut umno kita hantar kursus supaya perbetul balik sikap mereka, supaya mereka faham mereka adalah orang yang menjaga ketenteraman awam bukan ketenteraman umno. Apa yang terjadi semalam menambah kebencian rakyat kepada polis di negara ini. Kita kasihan kepada polis yang professional, kita benci kepada polis yang menjadi tali barut umno.
BERJAYAKAH SHAFIE AFDAL TAWAN KEDAH?
Bagaimanapun, Shafie harus bertanggung jawab di atas cubaan dan tindakan beliau memancing keluar Adun PKR tersebut dengan habuan yang lumayan dan seharusnya berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO peringkat akar umbi di Kedah.
Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu (berbaju merah hati), menjelaskan bahawa beliau tahu siapa yang memainkan peranan memancing Adun PKR dan sedang berusaha memancing sekirang-kurang tiga lagi Adun agar meninggalkan parti tersebut dengan ganjaran yang lumayan, sama dengan modus operandi yang dijalankan di Perak dan Sabah sebelum ini.
"Kita telah lama mengekori seorang jutawan dari Sandakan, Sabah yang amat rapat dengan Shafie dan kita mempunyai bukti pertemuan mereka sebelum ini. Kita akan serahkan bukti kepada pihak berwajib apabila tiba masa yang sesuai," ujar Lahirul yang kesal dengan cara Shafie cuba mendapatkan kuasa melalui pintu belakang.
Lahirul menegaskan pihaknya mengutuk tindakan membeli 'Adun' oleh mana-mana pihak kerana memegang prinsip demokrasi disebabkan Adun atau Ahli Parlimen yang dipilih berdasarkan parti yang diwakili dan bukannya peribadi tokoh berkenaan.
"Sewajarnya Mohd Radzi meletakkan jawatan setelah keluar daripada PKR dan tidak menggunakan tiket parti untuk kepentingan diri. Dia mahu keluar Pakatan, dia boleh keluar tetapi jangan bawa kerusi yang dimenangi atas tiket PKR," tegas Lahirul yang mengecam tindakan Mohd Radzi yang mengekalkan potfolio Exconya sekalipun kini menjadi Adun bebas.
Bagaimanapun Lahirul enggan mengulas sama ada Adun tunggal DAP, Lim Guan Aik yang telah mengumumkan menjadi ahli bebas pada 4 Julai lalu adalah atas pengaruh Shafie atau tokoh lain kerana mereka masih menjalankan pemantauan.
Percubaan koresponden Sabahkini.net di Kedah untuk menghubungi Mohd Radzi di pejabatnya di No. 76 Tingkat 1, Taman Sri Limau, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman gagal kerana dimaklumkan beliau berada di Kuala Lumpur.
Saturday, August 22, 2009
Tinggalkan Umno dengan syurga rasuahnya, kata Nik Aziz
Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak dan Ijtima' UKP
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara dan nafas Ramadhan buat ke sekian kalinya.
Malu rasanya untuk berdoakan kepada Allah supaya dimatikan dalam perjuangan, mati dalam iman, hatta mati dalam Islam. Terasa terlalu jauh dan kerdil disisi Allah SWT. Sikap bertangguh untuk melaksana kebajikan, keutamaan menggunakan harta untuk dunia,payah untuk bangun malam, leka dengan solat berjemaah antara belenggu yang menyelembungi seketul mudghah yang bersarang. Ya Allah.... berilah kekuatan kepada hambaMU
Jadikanlah Ramadhan kali ini, medan memperbaiki hati, menyuci jiwa, merawat iman untuk hambaMu ini Ya Allah.... Berilah kekuatan untuk hambaMu Ya Allah.
Selain itu dikesempatan ini:
UKP Sabah akan menganjur Ijtima' bersama tetamu Ust Nasir Zakaria dan Ust Muhammad Husein
Tarikh: 29 Ogos 2009
Tempat: Surau Taman Austral, Kepayan KK
Masa: 4 hingga 9 malam
Sila hubungi Ustaz Mutadho 0192683648 dan cikgu azrul 0195369890
Kepada ahli UKP yang berada di Sabah, sila lapor diri kepada ustaz Mutadho dan cikgu Azrul.
http://legehiyyah.blogspot.com/
Mengapa SPRM takut untuk siasat Datuk Seri Musa Aman
Namun menurut sumber yang dipercayai, saya bersyukur kerana Musa Aman adalah salah seorang yang terkaya di Asia dengan asset luar negara bernilai USD 16 Billion, namun tidak diisytiharkan. Hanya Allah dan orang tertentu sahaja yang tahu! Kalau tidak percaya tanya Richard Barnes atau Michael Chia. Mungkin Daud Tampokong pun tahu tetapi buat-buat tidak tahu.
http://www.sabahkini.net
31 MANGSA KEBAKARAN HAMPA
Menurut seorang ibu, Suriati, beliau terpaksa tinggal dalam khemah bersama 7 orang anaknya yang masih kecil yang tidak mempunyai bekalan air, elektrik dan tandas.
KHEMAH.... Khemah yang didiami oleh Suriati dan 7 orang anaknya daripada panas dan hujan.
Seorang lagi mangsa kebakaran yang sempat ditemui, Ummie, yang bekerja sebagai penjual sayur berkata, beliau terpaksa tinggal di dalam tandas, kerana beliau tidak mempunyai tempat tinggal yang lain .
Wakil mangsa, Abd Rasid Husin memohon Wakil Rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberikan hak tapak rumah kepada mangsa kebakaran tersebut kerana mereka adalah terdidiri daripada penduduk tempatan dan bukanya warga asing.
BIMBANG.... Abd Rasid Husin melahirkan rasa kebimbangan beliau kepada Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah Tuan Hj. Muhammad Abdullah dan pimpinan PAS kawasan Tawau yang sempat melawat mangsa kebakaran berekenaan, melahirkan rasa sedih dan simpati di atas musibah yang menimpa penduduk.
Sehubungan itu beliau berharap supaya pihak berwajib mengambil tindakan segera khasnya bagi mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal yang terpaksa tinggal di dalam khemah di kawasan kebakaran berkenaan. Beliau juga akan berusaha untuk memanjangkan kesulitan penduduk termasuklah masalah status tapak rumah yang disuarakan oleh mangsa kebakaran berkenaan kepada pihak-pihak berkenaan.
Melalui peruntukan PAS Pusat dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tawau telah menyumbangkan barangan keperluan seharian dan wang tunai kepada semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Salahuddin Ayob dan Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Muhammad Abdullah.
BANTU..... Salahuddin Ayub menghulurkan bantuan kepada mangsa .
Friday, August 21, 2009
Nik Aziz Sedia Bersemuka Dengan Majlis Fatwa
“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.
“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.
Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?
Oleh: Angkasapuri (Detikdaily)
Isteri Ke-2 Rohaizat muncul di Permatang Pasir?
Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.
Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat “mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya”.
Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu adalah “satu pembohongan semata-mata”.
“Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.
Dalam sidang media itu juga, Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Hafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.
“Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir,” kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.
Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Hafizah dan mendakwa Hafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.
Dalam sidang media itu juga, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab di atas dakwaan yang beliau katakan itu. -Malaysiakini
PELAWAAN HERBERT LAGADAN TIDAK JUJUR TERHADAP DATUK DR JEFFREY?
KETUA PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Bahagian Tenom Benedict Gonsubin Yosundang menyifatkan pelawaan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Herbert Timbun Lagadan terhadap Pengerusi Borneo Herritage Foundatin (BHF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai semula PBS sebagai tidak jujur malahan pelawaan Herbert itu dilihat ada unsur unsur ‘memperolok olokkan’ ketokohan beliau sebagai pemimpin Kadazandusun dan Murut (KDM).
AJAKAN SINIS Herbert itu ramai mengatakan bahawa tidak mungkin seorang tokoh politik seperti Dr Jeffrey berminat pelawaan itu sedangkan beliau boleh melakukannya tanpa campur tangan Herbert jika pun beliau berminat menyertai semula PBS.
Bagaimana pun, Dr Jeffrey yang berpandangan jauh dalam menentukkan masa depan arus perjuangan politiknya demi KDM dan rakyat Sabah, sudah tentu telah difikirkannya .secara mendalam, dari segi pro dan kontranya dan beliau tidak perlu menunggu nasihat Herbert, tegas Gonsubin.
Agak merimaskan jelas Gonsubin lagi, apakah rasional disebalik kecenderungan Herbert yang sehingga kini telah berulang kali tersengeh sengeh mempelawa Dr Jeffrey menyertai PBS, sedangkan PBS ketika ini berada dalam gagasan BN belum tentu menikmati lebih kebahagian daripada kerabat kerabat lain dalam komponen BN.
ATAU MUNGKIN Herbert telah diarah oleh bosnya untuk mendapatkan khidmat Dr Jeffrey membantu PBS menguasai hati nurani bos bos besar dalam BN dan Umno..siapa tahu? Atau mungkin Herbert hanya sekadar menjadi ‘syok sendiri’ konon konon menjadi ‘hero’ menguasai ketentuan halatuju politik Dr Jeffrey…mungkin juga?
Berhubung dengan dakwaan Herbert kononnya penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengetepi pemimpin pemimpin KDM dalam PKR adalah tidak betul dan Herbert mungkin sekadar mendengar ‘khabar angin’. Sebenarnya rombakan kepimpinan PKR negeri baru baru ini tidak menampakkan penyisihan mana mana kelompok kaum dimana Dr Jeffrey juga diberikan peranan lain diSabah disamping selaku Naib Presiden PKR Kebangsaan.
“ Adalah menjadi perkara biasa turun dan naik dalam politik yang diibaratkan sebagai roda berpusing yang kadang kala berada dibawah..dan kadangkala berada diatas…tetapi yang anehnya, PKR yang kehujanan..mengapa pula Herbert yang kebasahan…berminat ke dalam PKR..jomlah kalau minat,” tambah Gonsubin lagi.
ADALAH terlalu membuang masa bagi Hebert asyik mencampuri urusan perjuangan Dr Jeffrey yang diluar kawalan Herbert, sedangkan PBS ketika ini sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya bagi mengembalikan hak asasi rakyat, malahan kelantangan PBS memperjuangkan hak hak rakyat negeri Sabah setelah menyertai semula BN sudah ‘senyap’ sama seperti laras pistol ketika dipasang dengan special silencer bunyi letupan tidak kedengaran.
Berhubung dengan insiden ‘demontrasi jalanan’ yang berlaku di Ibu Negara baru baru ini, Herbert harus menyemak hak hak rakyat sepertimana yang termaktub didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang mewajibkan rakyat bebas bercakap dan berhimpun serta berpersatuan untuk menuntut kerajaan menunaikan kehendak rakyat dari segi hak asasi.
Oleh: Mail Mathew
Up 2 Date Blogger
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com3 years ago
-
-
RUMAHKU SYURGAKU - Bicara Santai Selain Politik. 01 25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017 *RUMAHKU SYURGAKU* Oleh : Pendekar Sakti 1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut ata...6 years ago
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP - Yang kuat lawan DAP lorni kan Pas... Bagi kat PAS sikit buat modal lawan DAP.8 years ago
-
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA - Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan ...12 years ago
-
Burung yang boleh meniru pelbagai bunyi / suara - Menakjubkan! itulah yang mampu dikatakan kepada spesis burung yang bernama 'lyrebird' yang berkebolehan meniru apa-apa sahaja bunyi yang didengarnya. Kenap...13 years ago
-
Khidmat Masyarakat Di Dun Tenang - Program khidmat ahli-ahli parlimen PAS di kg Tenang, PRK Tenang. Sedang membaiki rumah seorang pengundi13 years ago
-
MESIR – ’KUASA RAKYAT’ MENCABAR HEGEMONI AMERIKA SYARIKAT - Perkembangan ’kebangkitan rakyat’ yang sedang melanda Tunisia, Mesir, Yemen, Jordan serta seluruh benua Arab kini cukup-cukup menggerunkan Amerika Syarikat...13 years ago
-
Komplot terhadap Abdullah dan Anwar - Jam 1.45 tengahari, 16 Julai Saya menerima maklumat sebentar tadi bahawa polis telah menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ini adalah satu berita yang amat ...15 years ago
-
-
-