Thursday, August 27, 2009

ENGINEER ATAU INJIN AIR?

Oleh: HAMZAH ABDULLAH

APAKAH secara kebetulan, atau memang dirancang, hanya pihak tertentu dalam MPS sahaja yang mempunyai jawapannya. Saya amat bersimpati dengan keluhan penduduk di Taman Tinosan, Batu 4, Sandakan, apabila mengetahui aduan yang telah mereka laporkan kepada MPS mengenai saliran kumbahan najis yang disambungkan dari sebuah taman perumahan baru di belakang rumah mereka iaitu Taman Millinieum, ke tempat kumbahan najis dalam kawasan sempadan taman perumahan Taman Tinosan, telah tidak dipedulikan oleh MPS.

Saya begitu kesal sekali di atas sikap alpa dan tidak ambil peduli MPS berkaitan aduan ini dan bertanya kepada diri saya apakah sikap MPS itu didorong oleh sebab bahawa hampir kesemua penghuni di kawasan yang terlibat ini adalah penduduk bumiputera. Apakah MPS akan segera bertindak sekiranya aduan dibuat oleh sebuah taman perumahan yang didominasi oleh penduduk bukan bumiputera?

Saya tidak pernah melihat lagi dalam mana-mana taman perumahan yang saliran kumbahan najis diletakkan di atas tanah dan bukannya ditimbus dalam tanah. Saya juga bertanya di mana sebenarnya sikap professional MPS dalam membuat pemantauan supaya garis panduan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah pemaju perumahan dilaksanakan!


ENGINEER.... Inikah kualiti kerja 'Engineer' MPS atau hanya layak menjadi 'Injin Air'

Menyambung saliran kumbahan najis dari sebuah taman perumahan baru ke dalam saliran di sebuah taman perumahan berdekatan adalah bercanggah dengan peraturan pelan pembangunan dan sikap membisu pihak penguatkuasa hanya mendorong orang ramai membuat andaian bahawa ada 'sesuatu yang sedang berlaku di balik tirai'.

Sehubungan dengan masalah ini, saya telah menulis satu surat bantahan kepada MPS bagi pihak penduduk Taman Tinosan dan telah menyerahkannya kepada Presiden MPS pada 25 Ogos, 2009, untuk tindakan sewajarnya. Ini adalah suatu permulaan tindakan secara diplomasi. Moga-moga ianya tidak memerlukan tindakan selanjutnya dalam bentuk yang lain pula.



http://sabahkini.net

No comments:

Post a Comment

Up 2 Date Blogger