Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang pemangkin perubahan Selatan Semenanjung

BAGAN PINANG, 30 Sept:Pakatan Rakyat mahu menjadikan N31 sebagai pemangkin perubahan rakyat mewakili Selatan Semenanjung, sebagaimana yang telahpun ditunjukkan rakyat Pantai Barat Semenanjung dalam Thunami Politik 8 Mac lalu.

Zulkefly Mohamad Omar semalam menganggap pencalonannya bukan sekadar mewakili PAS, sebaliknya mewakili kehendak perubahan rakyat Negeri Sembilan, khususnya penduduk tempatan, di sini sendiri.
"Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Kita masuk (sertai pilihan raya) kerana bersama kehendak rakyat,"katanya.

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.
Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Tuesday, September 15, 2009

Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang (Negeri Sembilan)




KERATAN KENYATAAN AKHBAR
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI N.31
BAGAN PINANG, NEGERI SEMBILAN
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada 7 September 2009 berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan berikutan dengan kematian penyandangnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Y.B. Azman bin Mohammad Noor pada 04 September 2009.
2. Fasal LVI (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan seperti yang berikut:
“ (5) A casual vacancy shall be filled within sixty days from the date on which it is established that there is vacancy: Provided that if a casual vacancy is established on a date within two years of the date the Legislative Assembly shall, in accordance with Clause (3), stand dissolved, such casual vacancy shall not be filled unless the Speaker notifies the Election Commission in writing that the numerical strength the party that constitutes a majority of all the members of the Legislative Assembly is being affected by such vacancy; and in that event such vacancy shall be filled within sixty days from the date of the receipt of that notification.”

Tuesday, August 25, 2009

Salleh Man akhirnya berjaya

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Wakil rakyat Permatang Pasir, Mohd. Salleh Man, 52, menarik nafas lega setelah cubaan kali ketujuh bertanding dalam pilihan raya membuahkan hasil.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri itu berjaya mempertahankan kerusi milik Pas setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi.

Mohd. Salleh yang ditemui pemberita di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini malam ini melahirkan rasa gembiranya di atas kemenangan tersebut sekali gus berazam menyambung semula khidmat Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengundi di Permatang Pasir kerana memberi peluang kepada saya memenangi di kawasan ini.

''Turut tidak dilupakan, kesemua petugas dan jentera pakatan pembangkang yang tidak jemu-jemu memberi sokongan padu kepada saya," katanya.

Mohd. Salleh merupakan graduan Universiti Malaya (UM) dan pernah bertanding dalam enam pilihan raya termasuk pilihan raya umum lalu tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi bagi kerusi DUN Sungai Dua.

Pada masa sama, Mohd. Salleh berkata, kejayaannya itu membuktikan kerjasama erat antara komponen pakatan pembangkang yang sentiasa menjalin hubungan baik.

''Saya yakin Pulau Pinang akan terus kekal di bawah kerajaan pakatan pembangkang," tambahnya.

Sunday, August 23, 2009

PRK PERMATANG PASIR: SAH POLIS ALAT UMNO

 Oleh Ustaz Haji Idris Ahmad

Pada   20hb Ogos 2009, khamis malam Jumaat  saya, Dato Haji Mahfuz, YB Azmin Ali dan Saudara Azmi Abdullah berceramah di UPU Sama Gagah dalam siri kempen pilihanraya kecil permatang Pasir. Saya sampai lebih kurang pukul 10.15 Malam bersama Awang Salahudin ,  selepas mesyuarat PRK di Markaz Besar. Sewaktu saya sampai saudara Azmi Abdullah sedang berceramah. Dalam masa yang sama pos Umno di sebelah jalan, jarak lebih kurang 50 kaki daripada tempat ceramah Pas. Pihak Umno menayang CD menggunakan LCD serta menggunakan speker yang begitu kuat sekali dan mengganggu ceramah Pas pada ketika itu.

Apabila Tuan Haji Mahfuz berceramah dia minta supaya pegawai polis yang bertugas memberhentikan tayangan LCD. Malangnya polis hampir 100 orang yang berada di tempat kejadian tidak berani bertindak untuk memberhentikan tanyangan LCD tersebut. Maknanya memang pihak  polis membiarkan keadaan itu berterusan berlaku. Sewaktu saya berceramah hampir hendak berlaku pergaduhan kerana penyokong PR sudah ada yang  hilang sabar. Maknanya kalau  berlaku kejadian yang tidak diingini maka pihak polis yang bertanggung jawab. Sah mereka datang bukan hendak jaga keamanan pilihanraya tetapi hendak jaga keselamatan umno. Saya yakin kalau perkara itu dilakukan oleh penyokong Pas/PR, sahlah ada pula yang masuk lokap dan ditembak oleh FRU atau ada yang patah tangan. Tetapi oleh kerana dilakukan oleh parti rakan sejawat dengannya  maka mereka menjadi bacul dan dayus. Mereka datang bertugas menggunakan wang rakyat dan wang saya sebagai pembayar cukai tetapi telah berkhidmat untuk umno
 
Inilah sejarah pilihanraya kecil, ceramah begitu sukar hendak diadakan. Cuba bayangkan pihak Pas kena isi 6 salinan borang (sebelumnya 8 salinan) dan peta tempat ceramah setiap kali hendak ceramah. Polis yang bertindak sebagai pegawai keselamatan umno tunggu dengan senarai nama yang ada di tangannya sahaja. Kalau ada penceramah yang tidak ada dalam senarai akan diarahkan berhenti. Peliknya tempat umno mengadakan ceramah polis tidak ramai, seolah-olah yang jahatnya Pas/PR. Patutlah jenayah di Malaysia makin tinggi kerana polis menjaga umno bukan jaga keselamatan rakyat. Kalau PR memerintah nanti kita pastikan semua polis yang menjadi tali barut umno kita hantar kursus  supaya perbetul balik sikap mereka, supaya mereka faham mereka adalah orang yang menjaga ketenteraman awam bukan ketenteraman umno. Apa yang terjadi semalam menambah kebencian rakyat kepada polis di negara ini. Kita kasihan  kepada polis yang professional, kita benci kepada polis yang menjadi tali barut umno.   
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan JK Operasi PRK N11 Permatang Pasir.

Friday, August 21, 2009

Nik Aziz Sedia Bersemuka Dengan Majlis Fatwa

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?

Oleh: Angkasapuri (Detikdaily)

Isteri Ke-2 Rohaizat muncul di Permatang Pasir?

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri yang kedua yang dikenali sebagai ‘Hafizah’, sepertimana yang didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan.

Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat “mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya”.

Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu adalah “satu pembohongan semata-mata”.

“Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Hafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.

“Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir,” kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.

Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Hafizah dan mendakwa Hafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab di atas dakwaan yang beliau katakan itu. -Malaysiakini

Sunday, February 15, 2009

Bukit Gantang tak sama macam P.Pauh, K.T'ganu - Ketua bahagian Umno

IPOH: Senario politik yang berlaku sepanjang tempoh pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dijangka berbeza dengan situasi bagi dua pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Datuk Rosli Husin berkata ini kerana kawasan itu mempunyai banyak perbezaan daripada pelbagai aspek termasuk sikap pengundi yang kini dilihat ’kembali semula ke pangkuan’ Barisan Nasional (BN) ekoran kemelut politik yang berlaku di Perak baru-baru ini.


“Di Perak ini, kita amat berbeza, kalau di Kuala Terengganu faktor calon dikatakan punca kepada kekalahan yang mana dilihat sebelum itu oleh masyarakat setempat sebagai ’sesuatu yang tidak kena’. InsyaAllah, apa yang berlaku di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh tidak akan ’berjangkit’ di Bukit Gantang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup ketua-ketua Bahagian Umno negeri Perak yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Umno Negeri di sini.


Ketika ditanya mengenai isu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang kini menjadi wakil rakyat bebas yang dijangka dimainkan pembangkang dalam pilihan raya itu, beliau berkata ia bukan isu.


“Mohd Osman dan Jamaluddin Md Radzi (kedua-duanya bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR)) mungkin melihat kepincangan yang berlaku di dalam mesyuarat Exco yang mana setiap keputusan bukan ditentukan oleh menteri besar sebaliknya oleh faktor Ngeh-Nga (Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming) yang menyebabkan mereka keluar parti dan menjadi calon bebas dengan menyokong BN,” katanya.


Rosli juga berkata selain itu isu peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada BN semula sebenarnya menguntungkan BN yang patuh kepada titah dan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

“Saya hairan ketika demonstrasi dan perhimpunan yang dibuat di Kuala Kangsar (semasa majlis angkat sumpah menteri besar Perak yang baru), tidak kelihatan penyokong parti DAP dan parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini jelas menunjukkan PAS dimainkan oleh DAP dan PKR,” katanya.


Mengenai keputusan BN Perak hari ini yang mahu anak tempatan daripada Umno dipilih sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen itu, beliau berkata ia sejajar dengan kemahuan majoriti masyarakat tempatan.


“Pada pilihan raya umum lepas, faktor calon dikatakan punca terbesar BN kalah termasuk terkena ’tsunami politik’. Hari ini masyarakat tempatan mahu seseorang yang mesra rakyat, yang turun padang, yang tahu setiap masalah rakyat.Jadi ia perlu menjadi pengajaran kali ini,” katanya.


Beliau berkata pada masa sekarang rakyat di Perak sedar selepas 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak ada pembangunan di negeri itu yang dibawa melainkan meneruskan pembangunan yang dibuat BN sebelum itu.

Up 2 Date Blogger