Saturday, August 22, 2009

31 MANGSA KEBAKARAN HAMPA

Oleh: MUJAHID BORNEO

SERAMAI 31 keluarga, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami musnah dijilat api dalam satu kebakaran di perkampungan Tanjung Batu Laut, Tawau yang  bermula sekitar 10.30 pagi sehingga memusnahkan rumah dan harta benda penduduk yang dianggarkan sebanyak RM 1.2 juta.
Lebih menyedihkan penduduk yang terbabit dalam kebakaran tersebut, pusat penempatan sementara tidak disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Bagi penduduk yang mempunyai keluarga terpaksa menumpang teduh untuk sementara waktu, manakalah mereka yang tidak mempunyai keluarga  terpaksa membina khemah sementara  berhampiran tapak kebakaran dan ada juga di antara mereka terpaksa tinggal di tandas rumah  yang telah musnah.

Menurut seorang ibu, Suriati, beliau terpaksa tinggal dalam khemah bersama 7 orang anaknya yang masih kecil yang tidak mempunyai bekalan air, elektrik  dan tandas.
” Kami sudah memohon penempatan sementara, tetapi sehingga kini penempatan belum ada disediakan “katanya yang kesal  di atas kelambatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyediakan pusat penempatan sementara sehingga beliau bersama anak-anaknya terpaksa tinggal di dalam khemah berkenaan menghadapi cuaca panas dan kadang kala di penuhi air bila hujan turun.

 

KHEMAH.... Khemah yang didiami oleh Suriati dan 7 orang anaknya daripada panas dan hujan.


Seorang lagi mangsa kebakaran yang sempat ditemui, Ummie, yang bekerja sebagai penjual sayur  berkata, beliau terpaksa tinggal di dalam tandas, kerana beliau tidak mempunyai tempat tinggal yang lain .
“ Rumah saya  semuanya hangus dijilat api melainkan tandas ini selamat, tidak runtuh disebabkan diperbuat daripada batu”, katanya.

Wakil mangsa, Abd Rasid Husin memohon Wakil Rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberikan hak tapak rumah kepada mangsa kebakaran tersebut kerana mereka adalah terdidiri daripada penduduk tempatan dan bukanya warga asing.


 

BIMBANG.... Abd Rasid Husin melahirkan rasa kebimbangan beliau kepada Salahuddin  Ayub.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah Tuan Hj. Muhammad Abdullah dan pimpinan PAS kawasan Tawau yang sempat melawat mangsa kebakaran berekenaan, melahirkan rasa sedih dan simpati di atas musibah yang menimpa penduduk.
Dalam ucapan ringkasnya beliau berharap penduduk banyak bersabar di atas ujian yang berlaku. Tambahan pula mereka yang berugama Islam menyambut bulan Ramadhan.

Sehubungan itu beliau berharap supaya pihak berwajib mengambil tindakan segera khasnya bagi mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal yang terpaksa tinggal di dalam khemah di kawasan kebakaran berkenaan. Beliau juga akan berusaha untuk memanjangkan kesulitan penduduk termasuklah masalah status tapak rumah yang disuarakan oleh mangsa kebakaran berkenaan kepada pihak-pihak berkenaan.

Melalui peruntukan PAS Pusat dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tawau telah menyumbangkan barangan keperluan seharian dan wang tunai kepada semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Salahuddin Ayob dan Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Muhammad Abdullah.


 


BANTU..... Salahuddin Ayub  menghulurkan bantuan kepada mangsa .

No comments:

Post a Comment

Up 2 Date Blogger