Friday, August 21, 2009

Isteri Ke-2 Rohaizat muncul di Permatang Pasir?

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri yang kedua yang dikenali sebagai ‘Hafizah’, sepertimana yang didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan.

Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat “mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya”.

Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu adalah “satu pembohongan semata-mata”.

“Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Hafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.

“Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir,” kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.

Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Hafizah dan mendakwa Hafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab di atas dakwaan yang beliau katakan itu. -Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Up 2 Date Blogger