Friday, August 21, 2009

PELAWAAN HERBERT LAGADAN TIDAK JUJUR TERHADAP DATUK DR JEFFREY?

KETUA PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Bahagian Tenom Benedict Gonsubin Yosundang menyifatkan pelawaan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Herbert Timbun Lagadan terhadap Pengerusi Borneo Herritage Foundatin (BHF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai semula PBS sebagai tidak jujur malahan pelawaan Herbert itu dilihat ada unsur unsur ‘memperolok olokkan’ ketokohan beliau sebagai pemimpin Kadazandusun dan Murut (KDM).


AJAKAN SINIS Herbert itu ramai mengatakan bahawa tidak mungkin seorang tokoh politik seperti Dr Jeffrey berminat pelawaan itu sedangkan beliau boleh melakukannya tanpa campur tangan Herbert jika pun beliau berminat menyertai semula PBS.


Bagaimana pun, Dr Jeffrey yang berpandangan jauh dalam menentukkan masa depan arus perjuangan politiknya demi KDM dan rakyat Sabah, sudah tentu telah difikirkannya .secara mendalam, dari segi pro dan kontranya dan beliau tidak perlu menunggu nasihat Herbert, tegas Gonsubin.


Agak merimaskan jelas Gonsubin lagi, apakah rasional disebalik kecenderungan Herbert yang sehingga kini telah berulang kali tersengeh sengeh mempelawa Dr Jeffrey menyertai PBS, sedangkan PBS ketika ini berada dalam gagasan BN belum tentu menikmati lebih kebahagian daripada kerabat kerabat lain dalam komponen BN.


ATAU MUNGKIN Herbert telah diarah oleh bosnya untuk mendapatkan khidmat Dr Jeffrey membantu PBS menguasai hati nurani bos bos besar dalam BN dan Umno..siapa tahu? Atau mungkin Herbert hanya sekadar menjadi ‘syok sendiri’ konon konon menjadi ‘hero’ menguasai ketentuan halatuju politik Dr Jeffrey…mungkin juga?


Berhubung dengan dakwaan Herbert kononnya penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengetepi pemimpin pemimpin KDM dalam PKR adalah tidak betul dan Herbert mungkin sekadar mendengar ‘khabar angin’. Sebenarnya rombakan kepimpinan PKR negeri baru baru ini tidak menampakkan penyisihan mana mana kelompok kaum dimana Dr Jeffrey juga diberikan peranan lain diSabah disamping selaku Naib Presiden PKR Kebangsaan.


“ Adalah menjadi perkara biasa turun dan naik dalam politik yang diibaratkan sebagai roda berpusing yang kadang kala berada dibawah..dan kadangkala berada diatas…tetapi yang anehnya, PKR yang kehujanan..mengapa pula Herbert yang kebasahan…berminat ke dalam PKR..jomlah kalau minat,” tambah Gonsubin lagi.


ADALAH terlalu membuang masa bagi Hebert asyik mencampuri urusan perjuangan Dr Jeffrey yang diluar kawalan Herbert, sedangkan PBS ketika ini sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya bagi mengembalikan hak asasi rakyat, malahan kelantangan PBS memperjuangkan hak hak rakyat negeri Sabah setelah menyertai semula BN sudah ‘senyap’ sama seperti laras pistol ketika dipasang dengan special silencer bunyi letupan tidak kedengaran.


Berhubung dengan insiden ‘demontrasi jalanan’ yang berlaku di Ibu Negara baru baru ini, Herbert harus menyemak hak hak rakyat sepertimana yang termaktub didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang mewajibkan rakyat bebas bercakap dan berhimpun serta berpersatuan untuk menuntut kerajaan menunaikan kehendak rakyat dari segi hak asasi.


Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment

Up 2 Date Blogger