Monday, February 16, 2009

Tindakan guru rotan pelajar dikesali ibu bapa

Tindakan seorang guru yang bertanggungjawab dalam hal ehwal murid asrama, di salah sebuah sekolah di Papar yang telah merotan lebih daripada 200 pelajar sekolah itu, menimbulkan kesal dan tidak puas hati kalangan para ibu bapa pelajar yang terlibat.

    REKOD 10 MALAM yang merupakan bapa kepada salah seorang daripada pelajar berkenaan menghubungi Actionline berhubung perkara itu yang ternyata turut menimbulkan tanda tanya daripada kalangan ibu bapa.
    Jelasnya, perkara itu berlaku setelah guru terbabit mendapati paip di kolam asrama lelaki mengalami kerosakan dan ada aduan mengatakan bahawa terdapat pelajar perempuan yang bergaduh di asrama.

    “Memang diakui guru itu telah membuat siasatan mengenainya. Namun tiada sesiapa di kalangan pelajar berkenaan mengaku bersalah. Justeru itu, guru berkenaan memanggil semua penghuni asrama ke Dewan pada sekitar pukul 9 hingga 11 malam dan mengambil tindakan dengan merotan kesemua pelajar tersebut,” katanya.Menurutnya, tindakan guru berkenaan yang menjatuhkan hukuman rotan keatas semua pelajar amat dikesali, hanya kerana tiada sesiapa diantara mereka tidak tampil.Tambahnya, apa relevannya hukuman rotan kepada lebih 200 pelajar asrama dilaksanakan dengan dua perkara yang berlaku iaitu kepala paip pecah dan pelajar bergaduh? Sepatutnya perkara itu haruslah di siasat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.

    “Saya bukan berniat untuk memburukkan nama baik sekolah, kerana sekolah ini sebenarnya merupakan sekolah pilihan ibu bapa bagi menempatkan anak-anak mereka menimba ilmu. Tetapi akibat dengan tindakan itu, kami anggap ianya agak keterlaluan Justeru itu, beliau berharap supaya pihak sekolah dapat memahami tujuan perkara itu dipanjangkan ke dalam ruangan ini. Dan berharap peristiwa seumpamanya dijadikan tauladan kepada semua pihak.

    Selain itu, pihak bertanggungjawab juga dapat menyiasat menyiasat perkara ini dengan segera supaya tidak berulang sekali lagi.Pengetua sekolah berkenaan ketika dihubungi mengakui sedia maklum dengan perkara itu.Katanya, guru yang terbabit telah diarahkan membuat laporan bagi menjelaskan perkara itu.“Walau bagaimanapun, saya masih belum mendapat sebarang laporan secara rasmi daripada beliau,” tambahnya lagi.

    No comments:

    Post a Comment

    Up 2 Date Blogger