Thursday, February 26, 2009

Hubungi

Jika anda ingin menghantar berita dan maklumat
sila emailkan ke : kykmkp02@gmail.com



Monday, February 16, 2009

Tindakan guru rotan pelajar dikesali ibu bapa

Tindakan seorang guru yang bertanggungjawab dalam hal ehwal murid asrama, di salah sebuah sekolah di Papar yang telah merotan lebih daripada 200 pelajar sekolah itu, menimbulkan kesal dan tidak puas hati kalangan para ibu bapa pelajar yang terlibat.

    REKOD 10 MALAM yang merupakan bapa kepada salah seorang daripada pelajar berkenaan menghubungi Actionline berhubung perkara itu yang ternyata turut menimbulkan tanda tanya daripada kalangan ibu bapa.
    Jelasnya, perkara itu berlaku setelah guru terbabit mendapati paip di kolam asrama lelaki mengalami kerosakan dan ada aduan mengatakan bahawa terdapat pelajar perempuan yang bergaduh di asrama.

    “Memang diakui guru itu telah membuat siasatan mengenainya. Namun tiada sesiapa di kalangan pelajar berkenaan mengaku bersalah. Justeru itu, guru berkenaan memanggil semua penghuni asrama ke Dewan pada sekitar pukul 9 hingga 11 malam dan mengambil tindakan dengan merotan kesemua pelajar tersebut,” katanya.Menurutnya, tindakan guru berkenaan yang menjatuhkan hukuman rotan keatas semua pelajar amat dikesali, hanya kerana tiada sesiapa diantara mereka tidak tampil.Tambahnya, apa relevannya hukuman rotan kepada lebih 200 pelajar asrama dilaksanakan dengan dua perkara yang berlaku iaitu kepala paip pecah dan pelajar bergaduh? Sepatutnya perkara itu haruslah di siasat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.

    “Saya bukan berniat untuk memburukkan nama baik sekolah, kerana sekolah ini sebenarnya merupakan sekolah pilihan ibu bapa bagi menempatkan anak-anak mereka menimba ilmu. Tetapi akibat dengan tindakan itu, kami anggap ianya agak keterlaluan Justeru itu, beliau berharap supaya pihak sekolah dapat memahami tujuan perkara itu dipanjangkan ke dalam ruangan ini. Dan berharap peristiwa seumpamanya dijadikan tauladan kepada semua pihak.

    Selain itu, pihak bertanggungjawab juga dapat menyiasat menyiasat perkara ini dengan segera supaya tidak berulang sekali lagi.Pengetua sekolah berkenaan ketika dihubungi mengakui sedia maklum dengan perkara itu.Katanya, guru yang terbabit telah diarahkan membuat laporan bagi menjelaskan perkara itu.“Walau bagaimanapun, saya masih belum mendapat sebarang laporan secara rasmi daripada beliau,” tambahnya lagi.

    Sunday, February 15, 2009

    Bukit Gantang tak sama macam P.Pauh, K.T'ganu - Ketua bahagian Umno

    IPOH: Senario politik yang berlaku sepanjang tempoh pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dijangka berbeza dengan situasi bagi dua pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


    Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Datuk Rosli Husin berkata ini kerana kawasan itu mempunyai banyak perbezaan daripada pelbagai aspek termasuk sikap pengundi yang kini dilihat ’kembali semula ke pangkuan’ Barisan Nasional (BN) ekoran kemelut politik yang berlaku di Perak baru-baru ini.


    “Di Perak ini, kita amat berbeza, kalau di Kuala Terengganu faktor calon dikatakan punca kepada kekalahan yang mana dilihat sebelum itu oleh masyarakat setempat sebagai ’sesuatu yang tidak kena’. InsyaAllah, apa yang berlaku di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh tidak akan ’berjangkit’ di Bukit Gantang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


    Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup ketua-ketua Bahagian Umno negeri Perak yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Umno Negeri di sini.


    Ketika ditanya mengenai isu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang kini menjadi wakil rakyat bebas yang dijangka dimainkan pembangkang dalam pilihan raya itu, beliau berkata ia bukan isu.


    “Mohd Osman dan Jamaluddin Md Radzi (kedua-duanya bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR)) mungkin melihat kepincangan yang berlaku di dalam mesyuarat Exco yang mana setiap keputusan bukan ditentukan oleh menteri besar sebaliknya oleh faktor Ngeh-Nga (Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming) yang menyebabkan mereka keluar parti dan menjadi calon bebas dengan menyokong BN,” katanya.


    Rosli juga berkata selain itu isu peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada BN semula sebenarnya menguntungkan BN yang patuh kepada titah dan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

    “Saya hairan ketika demonstrasi dan perhimpunan yang dibuat di Kuala Kangsar (semasa majlis angkat sumpah menteri besar Perak yang baru), tidak kelihatan penyokong parti DAP dan parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini jelas menunjukkan PAS dimainkan oleh DAP dan PKR,” katanya.


    Mengenai keputusan BN Perak hari ini yang mahu anak tempatan daripada Umno dipilih sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen itu, beliau berkata ia sejajar dengan kemahuan majoriti masyarakat tempatan.


    “Pada pilihan raya umum lepas, faktor calon dikatakan punca terbesar BN kalah termasuk terkena ’tsunami politik’. Hari ini masyarakat tempatan mahu seseorang yang mesra rakyat, yang turun padang, yang tahu setiap masalah rakyat.Jadi ia perlu menjadi pengajaran kali ini,” katanya.


    Beliau berkata pada masa sekarang rakyat di Perak sedar selepas 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak ada pembangunan di negeri itu yang dibawa melainkan meneruskan pembangunan yang dibuat BN sebelum itu.

    Up 2 Date Blogger